QURBAN KAMBING XXL INDONESIA
[ Pilihan Qurban Anda, Amanah Kami ]
Antara pilihan kambing yang TERBAIK untuk ibadah Qurban anda tahun ini.
KAMBING XXL kami lebih besar dan berat (anggaran 30-35kg), saiznya seperti kambing yang lazimnya di bawa ke Singapura untuk perlaksanaan Qurban.
Kami di Jalaluddin Services memastikan ternakan kami cukup sifat, sihat dan memenuhi segala syarat Syariah. Setiap ekor dipelihara dalam persekitaran ladang yang bersih, terjaga rapi dan dipantau secara berkala oleh doktor haiwan agar kualiti serta kebajikannya sentiasa terpelihara.
Ladang kami di Jawa Tengah terkenal dengan standard kebersihan yang tinggi serta pengurusan yang sistematik. Proses sembelihan pula dilaksanakan dengan tertib, penuh ihsan dan mematuhi sepenuhnya hukum Syariah.
Dengan setiap ibadah Qurban yang dilaksanakan, anda akan menerima gambar berserta e-Certificate yang akan dihantarkan kepada nombor hp anda melalui WhatsApp. (Tidak ada certificate fizikal yang akan dihantar ke rumah)
[Nota: Isikan nama orang yang dihajatkan untuk berQurban di ruang yang disediakan 'Special Instructions for Seller'. 1 NAMA untuk setiap 1 EKOR QURBAN KAMBING.]

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 6344 3669/ atau hantarkan WhatsApp kepada 8776 9622 (Tekan nombor ini untuk langsung ke WatsApp)