BADAL HAJI 1447H/ 2026
Apakah Badal Haji?
Badal Haji adalah upahan pelaksanaan ibadah Haji untuk mereka yang telah meninggal dunia mahupun sakit tenat (uzur).
Siapa yang akan melaksanakan Badal Haji ini?
Kami mengambil berat di atas amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami. Dengan itu, kami memilih mutawwif yang jujur dan amanah untuk melaksanakan Badal Haji anda. Kakitangan kami memastikan mutawwif berada di Arafah pada Hari Wuquf dan melaksanakan ibadah Hajinya dengan sempurna.
Kami menawarkan TIGA pakej Badal Haji
1. Badal Haji A
2. Badal Haji B
3. Badal Haji C
Pihak Jalaluddin Services menitik beratkan kesempurnaan amanah anda. Kami memilih mutawwif yang berpengalaman dan berdedikasi untuk melaksanakan Badal Haji yang anda niatkan. Setelah selesai, anda akan menerima sijil Pelaksanaan melalui WhatsApp.
------------------------------------------------------------
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 196 :
وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِ
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Semoga Allah terima dan mengurniakan Haji yang maqbul kepada orang yang dihajikan, Insya-Allah Amin.
[Nota: Isikan nama orang yang dihajatkan untuk Badal Haji di ruang yang disediakan 'Special Instructions for Seller'.]
Lafaz Niat & Akad Badal Haji:
Dengan ini, saya bersetuju mewakilkan Jalaluddin Services Pte Ltd atau wakil yang telah di wakilkan Jalaluddin Services Pte Ltd untuk melaksanakan Ibadah Badal Haji bagi Almarhum/Almarhumah (sebut nama yang ditujukan) pada tahun ini kerana Allah Taala.